BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 8 September 2011

tips pilih pasangan

memilih pasangan adalah proses yang penting dalam kehidupan seseorang. Ia juga adalah proses pertama sebelum mewujudkan hubungan yang lebih intim. Ia me-nentukan dengan siapa orang itu akan hidup bersama untuk berkasih sayang, berkongsi susah dan senang sepanjang hidupnya. Pemilihan pasangan yang tepat dapat menjamin kebahagiaan perkahwinan dan kesejahteraan keluarga dan jika sebaliknya, ia dapat menimbulkan konflik yang berpanjangan dan seterusnya mengakibatkan keruntuhan sebuah institusi keluarga. 
Bukhari dan Muslim melaporkan nabi Muhammad SAW pernah berkata, “Seorang wanita dikahwini kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana keturunannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, nanti engkau akan beruntung.”
Hadis itu jelas menunjukkan proses memilih pasangan adalah antara proses yang penting dan kritikal dalam me-nentukan masa hadapan seseorang. Ia harus dilakukan secara teliti dan mengambil kira faktor tertentu sebelum pemilihan dilakukan.
 
Adakah pilihan ibu bapa lebih tepat berbanding pilihan sendiri?
 
Cara memilih pasangan berbeza antara satu masyarakat dengan masyarakat lain. Misalnya, siapa yang berhak membuat pilihan? Dalam sesetengah masyarakat, pemilihan pasangan untuk anak dibuat oleh ibu bapa ataupun ahli keluarga yang lebih tua. Di Malaysia khususnya, per-kahwinan yang diaturkan ini banyak berlaku pada zaman dahulu dan perubahan masa mengubah prosedur pemilihan pasangan di mana individu membuat pilihan pasangan hidupnya sendiri. Apabila sudah mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat, pasangan dapat mengenal pasti ciri kesamaan, ketidaksamaan serta tahap keserasian masing-masing. Tahap kesesuaian yang tinggi membuatkan kedua-duanya lebih tertarik antara satu sama lain dan membolehkan komitmen dibuat di antara kedua-dua pasangan misalnya menjalin hubungan cinta dan seterusnya mengikat tali pertunangan.
 
Walaupun ibu bapa kini tidak lagi terlibat secara total dalam pemilihan pasangan, mereka masih lagi menggunakan autoriti bagi menentukan kumpulan individu yang sesuai untuk dijadikan kawan dan rakan sebaya dengan andaian pasangan mereka datang dari kelompok itu juga. Pengaruh ibu bapa juga masih jelas dalam pemberian keizinan atau persetujuan ke atas pasangan yang dipilih oleh anak mereka dalam situasi masyarakat di negara ini walaupun Malaysia semakin pesat membangun dalam arus teknologi pelbagai bidang.
Namun, tidak dinafikan, masih ada yang mengamalkan adat resam lama dengan andaian dan harapan bahawa pilihan yang dibuat oleh orang tua lebih tepat kerana mereka ini lebih berpengalaman. Kedua-dua cara ada kebaikan dan ada kelemahan tersendiri. Bergantung pada diri kita cara mana yang hendak diamalkan.
Apakah perkara yang perlu dipertimbangkan dalam memilih pasangan?
Walau apa pun prosedur yang dipilih, terdapat faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam proses memilih pasangan. Faktor pemilihan itu bergantung pada cita rasa dan matlamat seseorang dalam kehidupan perkahwinan-nya. Antaranya adalah ciri sekufu, umur dan status kesihatan. Sekufu yang dimaksudkan merangkumi aspek agama, keturunan, kecantikan dan harta.

Ciri sekufu
Konsep sekufu dalam Islam bagi memilih pasangan misalnya, sesuai diaplikasikan oleh semua bangsa khusus-nya di negara ini. Kufu digalakkan kerana ia penting kepada suami dan isteri dalam membentuk keluarga yang bahagia kerana perkahwinan adalah ikatan sepanjang hayat. Walaupun begitu, konsep ini lebih dititikberatkan pada pihak perempuan demi mengelakkan keaiban ke atas keluarga pihak perempuan apabila memilih lelaki yang lebih rendah kufunya. Sebaliknya, lelaki yang memilih wanita yang lebih rendah tarafnya dapat mengangkat taraf isterinya mengikut kedudukan suami. Dalam konsep ini, terdapat empat perkara penting yang perlu dipertimbang-kan dalam memilih pasangan.

Agama
Individu digalakkan mencari pasangan yang seagama. Ini bertujuan memudahkan proses penyesuaian apabila mereka berkahwin kelak. Malahan, bagi memilih bakal suami, wanita juga digalakkan mencari lelaki yang soleh, tajam pemikiran, dan mempunyai pendidikan agama yang sempurna supaya suami dapat melayani isteri dengan baik dan memberi nafkah yang sewajarnya. Pada kebiasaannya, pihak orang tua memikirkan asal usul keturunan dan harta tetapi jarang menitikberatkan soal keimanan. Sesungguhnya rupa paras dan harta tidak kekal lama tetapi iman mampu bertahan walaupun jasad sudah dimamah usia. Antara kelebihan orang yang beriman adalah hatinya lebih tulus, kesabarannya tinggi dan tingkah lakunya lebih mulia.
Walau bagaimanapun, tidak salah memilih pasangan yang berlainan agama ataupun bangsa untuk dijadikan teman hidup dan ini dikenali sebagai ‘perkahwinan campur’. Namun, bagi individu beragama Islam yang ingin mengahwini pasangan bukan Islam, pasangan itu mesti memeluk Islam terlebih dahulu. Malahan, per-kahwinan campur dikatakan mampu meluaskan jaringan sosial lebih-lebih lagi dalam negara Malaysia yang mengamalkan masyarakat majmuk. Isu yang timbul di sini adalah proses penyesuaian yang lebih rumit perlu dilakukan oleh pasangan kahwin campur demi menjamin kejayaan perkahwinan itu.

Kelas sosial atau keturunan
Mengikut konsep sekufu, individu juga digalakkan memilih pasangan yang setaraf daripada segi kelas sosial. Ini bertujuan mewujudkan kesamaan daripada segi status sosioekonomi bagi memudahkan penyesuaian per-kahwinan. Memilih pasangan daripada kelas sosial yang sama juga bertujuan mewujudkan budaya yang sama daripada segi persekitaran tempat tinggal dan amalan gaya hidup seharian seperti makan minum, aktiviti berbelanja, aktiviti masa lapang dan pergaulan dengan kawan. Ini kerana individu dalam kelas sosial yang berbeza mengamalkan cara gaya hidup yang berlainan. Namun, daripada aspek positif, perkahwinan antara dua kelas sosial ini mampu merapatkan jurang sosial dan ekonomi yang memang sudah wujud sejak zaman ber-zaman.

Ciri individu khususnya kecantikan
Tarikan kepada ciri individu khususnya kecantikan adalah faktor yang mendorong kita mendampingi se-seorang. Individu akan tertarik dengan orang lain yang berlawanan jantina berdasarkan ciri-ciri fizikal yang ada padanya. Antaranya adalah kecantikan paras rupa, bentuk badan dan penampilan yang menarik serta bijak mengatur kata-kata. Malahan, tarikan fizikal inilah yang memulakan perhubungan intim sehingga pasangan itu memikirkan kesesuaian lain yang perlu ada bagi meneruskan hubungan hingga ke gerbang perkahwinan.
Terdapat juga individu yang memilih pasangannya ber-dasarkan ciri kesamaan. Mereka memilih pasangan yang mempunyai ciri kesamaan seperti sikap, cara berfikir dan faktor fizikal. Misalnya, individu yang mengalami cacat penglihatan berkahwin dengan pasangan cacat peng-lihatan juga. Namun, terdapat juga individu yang mempunyai cita rasa yang berlainan di mana mereka mencari pasangan yang mempunyai ciri yang tidak sama dengan diri mereka di mana ini dirujuk sebagai konsep saling melengkapi. Misalnya individu kurang bijak mencari pasangan yang lebih bijak supaya memperoleh zuriat yang mempunyai daya intelektual yang tinggi. Ada juga individu yang kurang berharta namun seorang yang penyabar mendapat jodoh (pasangan) yang lebih berharta tetapi kurang penyabar. Inilah yang dikatakan sebagai saling melengkapi dalam keseluruhan hubungan pasangan itu.
Kesesuaian tret personaliti juga penting dalam memilih pasangan hidup. Ada individu yang tertarik kepada individu lain yang mempunyai tret personaliti yang sama dengannya. Apabila mempunyai tret personaliti yang sama masing-masing dapat saling memahami. Dengan andaian ini individu itu menjangkakan apabila hidup bersama nanti mereka lebih mudah menyesuaikan diri. Walau bagaimanapun, ada juga individu yang bercita rasa sebaliknya. Walaupun begitu, kepercayaan lama menyatakan bahawa kedua-dua pasangan lebih sesuai apabila mempunyai ciri yang bertentangan, misalnya seorang yang bersifat seperti ‘api’ (pemarah) sesuai dijodohkan dengan seorang yang bersifat ‘air’(tenang atau penyabar). Namun, sejauh mana kebenaran ini masih belum dapat dikenal pasti kerana tiada kajian saintifik yang dapat menunjukkan kesesuaian hubung kait antara personaliti suami dan isteri.
Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan dalam aspek memilih pasangan pada masa kini berbanding dengan suatu masa dahulu. Misalnya, wanita dahulu lebih mementingkan kekukuhan ekonomi bakal suami tetapi kini keadaan berubah. Ini kerana kebanyakan wanita kini mempunyai pekerjaan dan memiliki sumber ekonomi sendiri di mana keadaan ini mengurangkan pergantungan wanita pada lelaki. Namun begitu, wanita mahupun lelaki kini lebih mementingkan aspek seperti kejujuran, ketulusan hati budi dan kepintaran.

0 comments: