BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, 16 September 2011

feveret merdeka song

feveret raya song

feveret raya song

Monday, 12 September 2011

ku mengharap bintang


tngkp cintan

harga top up macam biasa

ak dgr cter cukai 6% hrga top up ditanggungkn dlu sbb pm sruh kaji..wait n see k..nth ye nth x kdai2 top up xknekn cukai 6% 2...td ak kol mxis cntre n dier kata still knekn cukai 6%..ak plik lorh..bkn kew pm kata tangguh dlu n sruh TELCO siasat dlu..sbananye 6% bkn cukai krajaan tp sykt TELCO yg memandai menaikkan cukai top up nie..pdhal every year diorg akn untung 15.6 juta.. lpz nie org atasan TELCO kaya lorh..

sayu hati..sayu sekali

pg td ak gduh dgn abg(ehem..ehem..)..psl kes dier xngaku ak nie awex dier lorh..ak xtaw nk cye kt cpe.. sme de kwn ak @ dier..kdg2 ak tpkr yg ak nie bkn jdoh dier..sakit aty ak ble dier xngku yg dier dh de awex ble dier tgh chatting dgn kwn2 chatting dier..tp ble time ktorg tgh chatting dgn kwn2 ak,bkn maen lg dier ngku ak nie awex dier..ish germ nye..klo ak jpe dier lorh,ak rse cm nk tmpar jerk muke dier 2..de awex xnk ngku de awex..2 yg ak ckp dgn dier,ak nie xlyk kew jd awex dier.. dier kata ak cye cgt ckp org n x cye ckp dier.. ak pn dh mcg pompuan 2 n pompuan 2 ciap kata yg dier ngku kt pompuan 2 yg dier xde awex.. kwn ak ciap nmpk lg dier chatting dgn pompuan 2 n gaya diorg cm couple jerk.. xkn kwn ak nk tpu lak?erm nth lorh.. sakit nye aty ak nie!!


 

Sunday, 11 September 2011

::12 sept 2011:: ::3.23am::



akhirnye sume kebenaran telah tbukti..cume dpt btahan slme 5 hari jerk.. tp ak bsyukur cgt2.. br ak taw ko nie playboy..ak bkn maen cye kt ko tp ko wt ak cm nie.. ble kte chatting dgn kwn2 ak,ko bkn maen nunjuk yg ak nie awex ko..tp ble ak x on9,ko de agenda cndiri kn? ko leh usha awex laen..ko ingt ko bgoz?!g mam lorh.. ak x kebulur klo xdpt laki cm ko tp ak lg untung sbb Tuhan tnjukkn kt ak cpe ko sbnanye..klo ak on9,ak bgtaw yg ak on9 tp ko?ckt pn xnk bgtaw ak.. ak rmei lorh mmber kt chat 2..ko jgn gebang bnyk cgt..so ak skunk single.. fuh lega aty ak.. 2 my single ladies,im back..back 2 single..hahahaha

sakit aty


sakit nye aty ak..ak ingt ko setia tp rpenye playboy.. nsib baek kwn ak knl ko.. 

harga top up maxis


harga top up maxis lps cukai 6%..

Saturday, 10 September 2011

betul ke cukai 6% top up arahan dr krajaan?

Perdana Menteri minta syarikat telekomunikasi kaji semula keputusan kenakan cukai perkhidmatan 6 peratus kerana ia bebankan pengguna. 
Untuk makluman Pembangkang dah mula menyalahkan kerajaan BN walhalkan isu cukai 6% ini adalah kerja syarikat telco swasta. Dan kerajaan BN akan menghalang usaha syarikat Telco Ini.
Buat pembangkang janganlah bodoh sangat bila isu syarikat swasta pun nak salahkan kerajaan BN. 
Sepatutnya pembangkang perlu bersama kerajaan dalam hal ni menghalang syarikat Telco. 
Kalau tak suka cukai prepaid 6% marahlah Telco. Ini idea mereka, bukan idea kerajaan BN.
 
 

akhirnya mat sabu minta bantuan polis

diberitakan pagi ini mat sabu 121 telah membuat laporan polis di ipd kepala batas kerana mendakwa difitnah oleh utusan malaysia dan ancaman simbah asid ke atas keluarganya.

aikkk??? akhirnya mat sabu minta bantuan polis juga... ingatkan dia benci & tak percaya kepada polis dari zaman british sampai sekarang. sepatutnya mat sabu minta bantuan komunis untuk membantunya, bukan polis!
 Image Detail

sayang dan benci

 

  

cinta dan benci?apakah agknye beza cinta n benci?ak rse sume org taw pew bezanye kn..cm ne ek klo kte cyg n dlm mse yg sme kte benci kt org 2?cm ne ek?skunk nie ak cyg kt abg(ehem..ehem..) ak..tp kdg2 ak benci dgn dier sbb dier asyk bz jerk..mgkn kh ak benci dgn dier @ ak benci dgn kje dier?ak try phm kje dier tp ak xleh.. mgkn sbb kje dier bz n ak lak x bz wpn ak pn kje gk..btl kata org,time nie lorh dugaan bnyk..cume ak jerk kne sbr dgn jadual dier..dier lek kje dlm pkul 8mlm n lpz dier lek umh dier kne anta lak mak dier nta mknan kt bpk dier yg kje mlm..lpz 2 lek umh br leh rehat..2 pn kdg2 dier tdo awl sbb pnt sharian kje..mklum lorh kje mekanik kete.. bgelumang dgn minyk..tp ak x ksh yg pnting kje dier halal..



 Image Detail

selamat pengantin baru kak ieda n abg fauzi

 




 wah..best nye kwn ku nie yg dh melangsungkn pkhwinan nye pd 3 sept 2011 yg lalu..tp malangnya ak xdpt nk g sbb ak kne kje lorh..yg ak leh wt juz doakn dier bhgia cmpei ble2..nnt klo dier dh dpt ank,ak akn posting gmbr ank dier lak ye..msti comel mcm maknye..

so pd kak norhaida mohamad jelani n abg fauzi sabri,slmt pngantin baru ye..x sbr nie nk tgu ank buah dr korg..hehe.. hope comel cm nie..



Friday, 9 September 2011

eeeeee geramnye ::09 sept 2011:: ::9.47pm::

eeeeeeeeeeeeee..grmnye dgn si dier(abg ehem2 lorh cpe lg)..x psl2 ak kne mrh..knp dier x phm ak? dh lorh dr pg td dier bz jerk..cmpei ak pn dier lyn xnlyn..tp ak still sbr dgn kje dier..ak try phm dier tp ak lak kne mrh.. td ak kol dier n dier ngkt kol ak..ak xksh dier xnk ngkt kol ak tp jgn lorh naek sore dgn ak..ak xpnh naek sore dgn dier taw.. ak taw mmg slh ak sbb ak kol dier time dier tgh drive..tp agk lorh pn..knp msti dier nk naek sore lak? mgkn ak nie bkn awex yg baek kowt utk phm dier..huhuhu..dh nsb ak kowt..redha jerk lorh..moga2 nie yg trakhir lorh dlm hdup ak..ak mlz dh nk pkr sume nie..mmg jodoh Allah yg tentukn tp kte sbg hamba kne lorh usaha.. ne de jodoh trun dr langit kn? erm..nasib2..


Broken heart - broken-hearts photo

sejarah tipu ke?

Berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, dakwa sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling.
"Fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," katanya.
Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.
"Dinaungi tidak sama dengan kolonial... Hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.
"(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi... Sejak mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan perspektif sejarah (itu) perlu diubah.
"Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan yang amat besar," katanya.

khalid vs jais

 


JAIS mengambil keputusan untuk mendakwa Khalid Samad kerana memberikan tazkirah agama tanpa permit dan kebenaran JAIS. Kesalahan tersebut didakwa dilakukan oleh Khalid Samad pada 16 Ogos lalu di Surau Taman Seri Sementa, Kapar, Kelang.
Dalam perkembangan yang lain, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Rani Osman juga turut ‘kehilangan’ tauliahnya untuk mengajar agama.
Ini sebenarnya bukanlah kesalahan pertama Khalid Samad. Khalid Samad sebelum ini tidak dibenarkan mengajarkan agama kerana tidak mempunyai kelayakan, kepakaran mahupun tauliah daripada JAIS. Khalid Samad bagaimanapun, menentang larangan tersebut dan tidak pernah mengendahkannya.
Dan perbuatan tersebut, bukan sahaja dilakukan oleh Khalid Samad, bahkan oleh sebahagian besar pemimpin PAS yang berlagak seolah-olah mereka adalah pakar-pakar agama, tidak mengendahkan segala undang-undang dan peraturan yang terdapat di negara ini, khususnya yang berkenaan dengan undang-undang agama.
Pendakwaan akan dilakukan pada 24 November ini di Mahkamah Syariah Kelang.
Pastinya, reaksi yang akan ditunjukkan oleh para pencacai PAS dan Pakatan Rakyat sudah boleh dijangka. Ramai yang berpendapat, sesiapa sahaja di dunia ini boleh memberikan kelas dan ceramah agama. Apatah lagi jikalau mereka merupakan ahli PAS sebab PAS dianggap sebagai badan tertinggi agama Islam di negara ini.
Malah tidak menakjubkan apabila terdapat pendapat yang mengatakan, untuk masuk syurga, cukup sekadar memangkah dan menyokong PAS dalam pilihanraya. Hasilnya ialah teladan yang ditunjukkan oleh Khalid Samad dan barisan kepimpinan PAS yang tidak selayaknya bercakap, berceramah dan memberikan tazkirah tetapi bersandarkan kepada keahlian dalam PAS, serban dan janggut, melanggar segala hukum dan peraturan.
Bagi kaum jahil, sesiapa sahaja boleh diterima sebagai pengajar agama. Namun Islam mengajarkan, golongan yang tidak berilmu atau hanya tahu sedikit-sedikit – atau untuk lebih beradab – ilmunya tidak bersanad, sebaliknya hanya menghafal daripada buku dan kitab, maka mereka tidak selayaknya menjadi guru. Untuk menjadi seorang guru, mereka perlu mendaki anak-anak tangga ilmu. Kalaupun bukan sebagai mursyid, menjadi tenaga pengajar dan memberikan tazkirah juga perlu syarat-syaratnya.
Dalam hal ini, JAIS sebenarnya telah menjalankan tanggungjawab mereka sebagai penguasa agama di Selangor. Bagaimanapun, tindakan terhadap Khalid Samad, sepatutnya telah dilakukan semenjak lama dahulu. Bukan Khalid Samad sahaja, bahkan kebanyakan para pemimpin PAS lain yang tidak pernah menghiraukan yang mereka tidak layak sebagai tenaga pengajar.
Dalam tempoh terdekat ini, isu Mat Sabu akan berkurangan. Kalau tidak di seluruh negara pun, di Selangor tumpuan akan lebih diberikan kepada nasib Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad yang ‘dinafikan’ kelayakannya untuk bertazkirah dan berceramah.
Kegilaan melampau sehingga tidak membuat usul dan periksa, asalkan orang itu PAS, sebenarnya sudah menjadi masalah di Selangor dan seluruh Malaysia. Dek kerana itulah, Bob Lokman, bekas penghibur dan penulis lirik, turut menerima anugerah ‘ustaz’ daripada ahli-ahli PAS yang serba jahil.
Dijangkakan, pembelaan akan dilakukan secara efektif oleh para pencacai PAS. Bukan itu sahaja, yang turut terseret sama dalam masalah ini nanti adalah UMNO. UMNO akan dipersalahkan. Malah jangan pula terkejut sekiranya, UMNO dikatakan menjadi dalang kepada pendakwaan yang dihadapi oleh Khalid Samad.
Sesuatu yang menarik ialah, mengapa JAIS membuat pendakwaan terpilih? Mengapa Khalid Samad sahaja yang menjadi ‘mangsa’ padahal di Selangor, sepanjang bulan Ramadhan, bukan Khalid Samad sahaja yang mengajar tanpa tauliah, sebaliknya ramai pemimpin PAS yang turut berbuat perkara yang sama, termasuklah Bob Lokman!

perang thdp sultan..khalid cr psl

 

Khalid Samad jelas tidak berselindung lagi tentang kebenciannya terhadap DYMM Sultan Selangor apabila menuduh Majlis Agama Islam Selangor sedang melancarkan gerakan menggulingkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Pada masa yang sama, Khalid Samad yang bakal berhadapan dengan perbicaraan kerana mengajar agama tanpa tauliah, menzahirkan kekecewaannya kerana JAIS menguatkuasakan undang-undang yang menghalang orang sepertinya daripada menyebarkan agama.

Bagi Khalid Samad dan para pencacainya, tindakan JAIS disifatkan sebagai menghalang penyebaran agama Islam. Malah ada yang secara berterus-terang berkata, JAIS cuba menyelamatkan UMNO daripada ditunggingkan pada PRU13 kelak dengan menyekat para pemimpin PAS daripada menjalankan tugas dai’e.
Satu andaian yang sebenarnya sangat dangkal dan cetek fikiran memandangkan semakin ramai sebenarnya yang sedar bahawa para pemimpin PAS tidak menambah cerdikkan rakyat, sebaliknya membodohkan mereka dengan gelagat yang tidak sepatutnya dilakukan oleh para pemimpin yang mengaku mereka beragama Islam.
Tiada yang salahnya dengan syiar Islam di negara ini. Apa yang keluar dari mulut para pemimpin PAS bukanlah ajaran Islam, sebaliknya menjadikan Islam sebagai daya tarikan untuk mereka dipilih pada PRU13 nanti. Proses ini telah berlaku semenjak 1951 lagi apabila PAS ditubuhkan dengan kelulusan British, bukannya menerusi gabungan pemimpin-pemimpin Melayu seperti UMNO.
Untuk berceramah dengan ceramah biasa, PAS tentu sekali tidak akan sanggup. Kalau PAS buat juga seperti yang dilakukan oleh UMNO, barangkali yang menjadi penonton dan pendengar ceramah PAS hanyalah kucing liar, lipas dan tikus. Jadi, mahu tidak mahu PAS terpaksa menggunakan agama sebagai modalnya. Para pemimpin PAS, terutama sekali ahli-ahli politik yang ada kerusi kuasa sama ada DUN mahupun Parlimen, apatah lagi berjawatan dalam PAS, perlu sentiasa tampil sebagai orang yang bijak berceramah dan memberi kelas agama.
Apabila JAIS menyekat Khalid Samad dan Dr.Rani Osman, Pesuruhjaya PAS Selangor, bererti sukarlah PAS untuk menyebarkan pengaruh mereka di masjid dan segala surau. Itu sebenarnya yang sangat ditakuti oleh PAS. Apatah lagi kalau pihak berkuasa menyebarkan kebenaran ajaran Islam bukannya ajaran Islam mengikut fahaman PAS.
PAS sebenarnya amat takut sekiranya umat Islam di negara ini didedahkan dengan kebenaran Islam. Seandainya umat Islam di negara ini benar-benar mempelajari dan mendalami ilmu Islam, PAS sebagai sebuah parti siasah akan tercampak. Manakala ahli-ahli politiknya pula akan hilang tarikan.
Tuduhan Khalid Samad bahawa Sultan Selangor mendalangi usaha menggulingkan Khalid Ibrahim adalah sesuatu yang sebenarnya sangat melampau. Meskipun Khalid Samad tidak menyatakannya secara berterus-terang tetapi apabila Khalid Samad memilih untuk menyerang Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan menyatakan kononnya MAIS sedang berkonspirasi dengan beberapa NGO Islam di Selangor untuk menggulingkan Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor dan menggantikannya dengan orang lain, sebenarnya Khalid Samad sedang menghalakan serangannya itu kepada DYMM Sultan Selangor.
Sebabnya MAIS berada di bawah kuasa baginda. Pentadbiran negeri yang diketuai oleh DAP-PKR sebenarnya tidak mempunyai akses dengan MAIS. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pula adalah penguatkuasa kepada MAIS.
Tuduhan yang dilemparkan oleh Khalid Samad sebenarnya perlu disertakan dengan bukti-bukti yang lebih kukuh bukannya semberono. Gerakan untuk membuang Kesultanan di Malaysia, sebenarnya telah pun dilakukan semenjak lama dahulu. Apabila UMNO-BN memperkukuhkan kuasa Raja-Raja Melayu menerusi pindaan undang-undang pada 1993, sebenarnya kaum pembangkang terutama sekali DAP kehilangan ruang untuk menggulingkan Raja-Raja Melayu.
Apa yang pasti, pengisytiharan yang dilakukan oleh Khalid Samad, sebenarnya mengundang masalah yang lebih besar kepada PAS di Selangor. Dan kalaulah perkara ini dibesar-besarkan oleh UMNO, harus barangkali PAS kehilangan semua kerusi yang mereka pegang sekarang, sekalipun sebenarnya Khalid Samad bertujuan hendak menghalau Hasan Ali dari PAS.

lawaknya mat sabu

Image Detail 
 
 
Mat sabu buat lawak lagi, kalau hari tu dia melawak kata polis langgar dia dengan landrover lepas tu tukar pulak kata polis langgar dengan jeep lepas tu dia tukar lagi kata polis langgar dia dengan pajero sampai koyak kepala lutut dia, berberapa hari sudah, dia sekali lagi menggelikan hati peminat politik, kononnya dia nak ajak timbalan presiden umno berdebat, padahal yang buka game debat tu pas kelantan suruh dia debat dengan ketua pemuda umno, kj, ramai yang gelak bila mat sabu nak debat dengan muhyiddin...
Semalam sekali lagi mat sabu buat lawak, dia kata ada orang nak simbah asid ke muka isteri dan anak dia... tak ke lawak bunyinye tu, aku yakin rakyat malaysia, ahli pas dan ahli umno tak pernah tengok macam mane rupe bini dan anak mat sabu, kalau bini dan anak anwar tu kita kenal la pasal hari-hari dok interframe program bapak dia... so macam mane orang nak simbah asid kat bini dan anak pompuan dia...
Aku yakin kalau betul la ugutan itu, ia datang dari orang keliling mat sabu juga, pasal kebodohan mat sabu menyokong komunis, kalau dah orang keliling mat sabu tu dah tentu la orang pas, takan orang umno pulak. jadi mat sabu sengaja reka cerita kononnya ugutan tu di buat oleh orang tak puas hati dengan dia, senang cerita mat sabu nak tuduh umno la, mat sabu kena ingat, bukan semua ahli pas setuju mat sabu angkat komunis sebagai hero, mat sabu kena ingat, dalam pas ada berapa ramai bekas tentera dan polis yang pernah mengangkat senjata menentang komunis dulu, mat sabu kena ingat dalam pas ada juga yang di antara keluarga mereka mati dibunuh oleh komunis.
So mat sabu terima lah nasib atas kebodohan kau tu sendiri, jangan nak kaitkan orang lain pulak, kau sendiri cari penyakit, kau tanggung la sorang-sorang...

mat sabu diugut disimbah asid

 
Timbalan Presiden PAS Mat  Sabu mendakwa kononnya menerima SMS ugutan yang mengancam mahu menyimbah asid terhadap isteri dan anak perempuannya. Mat Sabu sebelum ini menggemparkan sistem sejarah mengiktiraf komunis sebagai pejuang kemerdekaan yang dikecam hampir seluruh rakyat Malaysia.

Kata Mat Sabu, kiriman SMS itu diterima semalam dan beberapa hari lalu daripada individu yang tidak dikenali. Itu kenyataan air liur sahaja tidak berdasarkan fakta.

Kiriman yg mat sabu dpt adalah spt brikut..
 Ayat dalam SMS yang didakwa mengancam keselamatan keluarganya itu berbunyi: "Awak memang patut bertaubat. Cakap tanpa fakta... Awak pembohong, mulut celupar. Mungkin awak tak serik, jangan sampai ada masa akan (di)simbah asid ke atas isteri dan anak perempuan awak. "Batalkan segala debat. Sejarah adalah fakta bukan untuk didebat. Yang pasti awak putar alam."

Beliau menyifatkannya sebagai ancaman berat yang diterimanya berpunca daripada kenyataannya pada 27 Ogos berkaitan Mat Indera, tragedi Bukit Kepong dan sejarah kemerdekaan.
Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis, Mohamad berkata beliau akan berbincang dengan peguam terlebih dahulu dengan peguamnya Mohamed Hanipa Maidin.
Turut hadir dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad.
Jika Khalid samad turut berada semasa sesi kenyataan media sudah semestinya perkara sengaja dirancang sebegitu rupa agar kecaman rakyat Malaysia terhadap Mat Sabu dan Pas akan reda.

>Kalau dengan Khalid Samad apa pun tak boleh percaya.<