BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 8 September 2011

fakta lelaki n pompuan

Okay, kali ini MediaSerius nak kongsikan beberapa fakta menarik tentang lelaki dan wanita. Jom kita fikirkan fakta ini sama ada betul atau salah..

fakta tentang lelaki dan wanita
 
Antara fakta menarik tentang lelaki dan wanita  :

Lelaki : Susah nak fokus sesuatu perkara terutamanya yang membabitkan perhubungan
Wanita : Senang fokus pada sesuatu perkara walaupun remeh


Lelaki : Emosi ibarat getah. Bila marah perasaan akan menegang dan akan kendur bila marah dah surut
Wanita : Emosi bagai ombak , datang dan pergi. Sebab tu perasaan marah diorang susah nak reda.
Lelaki : Lebih suka menyendiri dan menjauhkan diri  apabila tertekan.
Wanita : Apabila tertekan, biasanya diorang ni lebih senang meluahkan apa yang diorang rasa
Lelaki : Disebabkan ego, susah nak terima pertolongan atau pendapat orang lain termasuklah pasangannya.
Wanita : Senang menerima dan terpengaruh dengan pandangan orang terutama orang yang dekat di hatinya.
Lelaki : Apabila perasaan tergugat, lebih senang berdiam diri tanda protes.
Wanita : Apabila perasaan tergugat, lekas melenting dan protes secara terang-terangan.
Lelaki : Melihat sesuatu perkara secara keseluruhan. See the whole picture laa bak kata omputih
Wanita : Melihat sesuatu perkara secara terperinci. ( diorang kan selalunya cerewet)
Lelaki : Mempunyai perasaan cinta yang fleksibel, mudah berubah bila jumpa yang lebih baik dari terbaik.
Wanita : Setia pada cinta dan sukar tergugat. (tapi memiliki jiwa yang rapuh dan mudah tunduk pada cinta.
Lelaki : Kejayaan dinilai berdasarkan prestasi dan kredibiliti sendiri
Wanita : Sentiasa menilai diri berdasarkan kekuatan perasaan dan kualiti hubungan dengan orang sekeliling.
Lelaki : Boleh menjadi pemurah atau pun pemboros
Wanita : Boleh menjadi kedekut atau pun berjimat cermat
Lelaki : Kurang teliti dalam berkomunikasi tapi pantas memberikan pandangan
Wanita : Mendengar dengan teliti tapi lambat bagi pandangan sebab diorang ni berfikir dulu sebelum bertindak
Lelaki : Sukar mintak maaf tapi senang melupakan.
Wanita : Senang mintak maaf walaupun tak mudah melupakan
Lelaki : Senang untuk buat keputusan
Wanita : Lebih senang mengikut keputusan
Lelaki : Apabila rindukan awek, biasanya lebih senang melakukan perkara lain macam melepak dengan kawan- kawan atau bersukan untuk tenangkan diri.
Wanita : Lebih senang melayan perasaan rindu sendirian, menulis perasaanya ataupun dengar lagu-lagu cinta.

0 comments: