BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, 9 September 2011

khalid vs jais

 


JAIS mengambil keputusan untuk mendakwa Khalid Samad kerana memberikan tazkirah agama tanpa permit dan kebenaran JAIS. Kesalahan tersebut didakwa dilakukan oleh Khalid Samad pada 16 Ogos lalu di Surau Taman Seri Sementa, Kapar, Kelang.
Dalam perkembangan yang lain, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Rani Osman juga turut ‘kehilangan’ tauliahnya untuk mengajar agama.
Ini sebenarnya bukanlah kesalahan pertama Khalid Samad. Khalid Samad sebelum ini tidak dibenarkan mengajarkan agama kerana tidak mempunyai kelayakan, kepakaran mahupun tauliah daripada JAIS. Khalid Samad bagaimanapun, menentang larangan tersebut dan tidak pernah mengendahkannya.
Dan perbuatan tersebut, bukan sahaja dilakukan oleh Khalid Samad, bahkan oleh sebahagian besar pemimpin PAS yang berlagak seolah-olah mereka adalah pakar-pakar agama, tidak mengendahkan segala undang-undang dan peraturan yang terdapat di negara ini, khususnya yang berkenaan dengan undang-undang agama.
Pendakwaan akan dilakukan pada 24 November ini di Mahkamah Syariah Kelang.
Pastinya, reaksi yang akan ditunjukkan oleh para pencacai PAS dan Pakatan Rakyat sudah boleh dijangka. Ramai yang berpendapat, sesiapa sahaja di dunia ini boleh memberikan kelas dan ceramah agama. Apatah lagi jikalau mereka merupakan ahli PAS sebab PAS dianggap sebagai badan tertinggi agama Islam di negara ini.
Malah tidak menakjubkan apabila terdapat pendapat yang mengatakan, untuk masuk syurga, cukup sekadar memangkah dan menyokong PAS dalam pilihanraya. Hasilnya ialah teladan yang ditunjukkan oleh Khalid Samad dan barisan kepimpinan PAS yang tidak selayaknya bercakap, berceramah dan memberikan tazkirah tetapi bersandarkan kepada keahlian dalam PAS, serban dan janggut, melanggar segala hukum dan peraturan.
Bagi kaum jahil, sesiapa sahaja boleh diterima sebagai pengajar agama. Namun Islam mengajarkan, golongan yang tidak berilmu atau hanya tahu sedikit-sedikit – atau untuk lebih beradab – ilmunya tidak bersanad, sebaliknya hanya menghafal daripada buku dan kitab, maka mereka tidak selayaknya menjadi guru. Untuk menjadi seorang guru, mereka perlu mendaki anak-anak tangga ilmu. Kalaupun bukan sebagai mursyid, menjadi tenaga pengajar dan memberikan tazkirah juga perlu syarat-syaratnya.
Dalam hal ini, JAIS sebenarnya telah menjalankan tanggungjawab mereka sebagai penguasa agama di Selangor. Bagaimanapun, tindakan terhadap Khalid Samad, sepatutnya telah dilakukan semenjak lama dahulu. Bukan Khalid Samad sahaja, bahkan kebanyakan para pemimpin PAS lain yang tidak pernah menghiraukan yang mereka tidak layak sebagai tenaga pengajar.
Dalam tempoh terdekat ini, isu Mat Sabu akan berkurangan. Kalau tidak di seluruh negara pun, di Selangor tumpuan akan lebih diberikan kepada nasib Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad yang ‘dinafikan’ kelayakannya untuk bertazkirah dan berceramah.
Kegilaan melampau sehingga tidak membuat usul dan periksa, asalkan orang itu PAS, sebenarnya sudah menjadi masalah di Selangor dan seluruh Malaysia. Dek kerana itulah, Bob Lokman, bekas penghibur dan penulis lirik, turut menerima anugerah ‘ustaz’ daripada ahli-ahli PAS yang serba jahil.
Dijangkakan, pembelaan akan dilakukan secara efektif oleh para pencacai PAS. Bukan itu sahaja, yang turut terseret sama dalam masalah ini nanti adalah UMNO. UMNO akan dipersalahkan. Malah jangan pula terkejut sekiranya, UMNO dikatakan menjadi dalang kepada pendakwaan yang dihadapi oleh Khalid Samad.
Sesuatu yang menarik ialah, mengapa JAIS membuat pendakwaan terpilih? Mengapa Khalid Samad sahaja yang menjadi ‘mangsa’ padahal di Selangor, sepanjang bulan Ramadhan, bukan Khalid Samad sahaja yang mengajar tanpa tauliah, sebaliknya ramai pemimpin PAS yang turut berbuat perkara yang sama, termasuklah Bob Lokman!

0 comments: