Khalid Samad jelas tidak berselindung lagi tentang kebenciannya terhadap DYMM Sultan Selangor apabila menuduh Majlis Agama Islam Selangor sedang melancarkan gerakan menggulingkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Pada masa yang sama, Khalid Samad yang bakal berhadapan dengan perbicaraan kerana mengajar agama tanpa tauliah, menzahirkan kekecewaannya kerana JAIS menguatkuasakan undang-undang yang menghalang orang sepertinya daripada menyebarkan agama.
Bagi Khalid Samad dan para pencacainya, tindakan JAIS disifatkan sebagai menghalang penyebaran agama Islam. Malah ada yang secara berterus-terang berkata, JAIS cuba menyelamatkan UMNO daripada ditunggingkan pada PRU13 kelak dengan menyekat para pemimpin PAS daripada menjalankan tugas dai’e.
Satu andaian yang sebenarnya sangat dangkal dan cetek fikiran memandangkan semakin ramai sebenarnya yang sedar bahawa para pemimpin PAS tidak menambah cerdikkan rakyat, sebaliknya membodohkan mereka dengan gelagat yang tidak sepatutnya dilakukan oleh para pemimpin yang mengaku mereka beragama Islam.
Tiada yang salahnya dengan syiar Islam di negara ini. Apa yang keluar dari mulut para pemimpin PAS bukanlah ajaran Islam, sebaliknya menjadikan Islam sebagai daya tarikan untuk mereka dipilih pada PRU13 nanti. Proses ini telah berlaku semenjak 1951 lagi apabila PAS ditubuhkan dengan kelulusan British, bukannya menerusi gabungan pemimpin-pemimpin Melayu seperti UMNO.
Untuk berceramah dengan ceramah biasa, PAS tentu sekali tidak akan sanggup. Kalau PAS buat juga seperti yang dilakukan oleh UMNO, barangkali yang menjadi penonton dan pendengar ceramah PAS hanyalah kucing liar, lipas dan tikus. Jadi, mahu tidak mahu PAS terpaksa menggunakan agama sebagai modalnya. Para pemimpin PAS, terutama sekali ahli-ahli politik yang ada kerusi kuasa sama ada DUN mahupun Parlimen, apatah lagi berjawatan dalam PAS, perlu sentiasa tampil sebagai orang yang bijak berceramah dan memberi kelas agama.
Apabila JAIS menyekat Khalid Samad dan Dr.Rani Osman, Pesuruhjaya PAS Selangor, bererti sukarlah PAS untuk menyebarkan pengaruh mereka di masjid dan segala surau. Itu sebenarnya yang sangat ditakuti oleh PAS. Apatah lagi kalau pihak berkuasa menyebarkan kebenaran ajaran Islam bukannya ajaran Islam mengikut fahaman PAS.
PAS sebenarnya amat takut sekiranya umat Islam di negara ini didedahkan dengan kebenaran Islam. Seandainya umat Islam di negara ini benar-benar mempelajari dan mendalami ilmu Islam, PAS sebagai sebuah parti siasah akan tercampak. Manakala ahli-ahli politiknya pula akan hilang tarikan.
Tuduhan Khalid Samad bahawa Sultan Selangor mendalangi usaha menggulingkan Khalid Ibrahim adalah sesuatu yang sebenarnya sangat melampau. Meskipun Khalid Samad tidak menyatakannya secara berterus-terang tetapi apabila Khalid Samad memilih untuk menyerang Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan menyatakan kononnya MAIS sedang berkonspirasi dengan beberapa NGO Islam di Selangor untuk menggulingkan Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor dan menggantikannya dengan orang lain, sebenarnya Khalid Samad sedang menghalakan serangannya itu kepada DYMM Sultan Selangor.
Sebabnya MAIS berada di bawah kuasa baginda. Pentadbiran negeri yang diketuai oleh DAP-PKR sebenarnya tidak mempunyai akses dengan MAIS. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pula adalah penguatkuasa kepada MAIS.
Tuduhan yang dilemparkan oleh Khalid Samad sebenarnya perlu disertakan dengan bukti-bukti yang lebih kukuh bukannya semberono. Gerakan untuk membuang Kesultanan di Malaysia, sebenarnya telah pun dilakukan semenjak lama dahulu. Apabila UMNO-BN memperkukuhkan kuasa Raja-Raja Melayu menerusi pindaan undang-undang pada 1993, sebenarnya kaum pembangkang terutama sekali DAP kehilangan ruang untuk menggulingkan Raja-Raja Melayu.
Apa yang pasti, pengisytiharan yang dilakukan oleh Khalid Samad, sebenarnya mengundang masalah yang lebih besar kepada PAS di Selangor. Dan kalaulah perkara ini dibesar-besarkan oleh UMNO, harus barangkali PAS kehilangan semua kerusi yang mereka pegang sekarang, sekalipun sebenarnya Khalid Samad bertujuan hendak menghalau Hasan Ali dari PAS.

0 comments:
Post a Comment